Salam semua, syukur ke hadrat ilahi hari ini secara rasminya usia perkahwinan saya dan suami sudah pun
menjejakkan kaki ke angka 3 Tahun. Tahniah buat kami berdua rasa macam baru semalam di Ijab kabulkan.
Terima kasih Sayang (ayat jiwang
sikit..ehehe) kerana membahagiakan hidup ini, tidak pernah rasa
sekalipun rasa diri di abaikan, malah rasa kasih dan sayang semakin
bertambah dengan adanya insan kecil dalam hidup kita dapat
menyerikan dan melengkapkan lagi kehidupan kita.
Mudahan masjid yang kita bina ini
akan terus berkekalan hingga ke akhir hayat. Mudahan Allah memberkati
kita dan melindungi rumah tangga kita senantiasa…Amin
Gambar selingan konon nak tunjuk keromantikan saat2 baru-baru kawen...hehe...dan jugak gambar budak noty hasil keromantikan kami...ahaks...