[SMKTBP] karangan budak  darjah 4 yang menyeramkan. . 
Pagi itu pagi minggu. Cuaca  cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi  sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam  batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana  tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. 
Tetapi saya tidak mahu. Selepas emak menikam perut saya berkali-kali  dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120  kilometer kerana  pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer  nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah  belakang. Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia  menjerit "Adoi!".
Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori  tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya  melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun  memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa  mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya.  Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar  pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri.
Feri itu terbelah  dua. Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu  sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori.  Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia. lori itu bertukar menjadi  robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun  terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat  kemalangan.
Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi  Ultraman itu. Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri  semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat  takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan  tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan  helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter.  Pemandu lori itu menjerit "Adoi..!" dan jatuh ke bumi. Emak saya menghantar  helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia  terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori  itu di dalam bahasa Inggeris. Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak  saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta  polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri  itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai  mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi.  Polis yang bertugas 
HEHEHE... APE PENDAPAT CIKGU2 SEMUA. BAPE MARKAH NAK KASI NI???....
AHAKSSS
1 comment:
cerita paling lawak gila perna ak dngar hahahah best
Post a Comment