Semalam pas keje aku pi tgk wayang...macam biasa lah hari rabu malam adelah malam dating aku ngan Jai kan...heheh...tpi semalam ade makhluk asing join kami...Lekuk kawan seopis jai...sian lak ngan dier lepak sorang2 so kami ajak lah sekali layan movie...almaklum arr bini kat kampung dlm pantang...kami tengok citer BOHSIA...JANGAN PILIH JALAN HITAM...
Secara ringkasnya, filem yang menelan belanja sekitar RM1.5 juta ini bermula dengan Amy (Salina) dan Tasya (Nabila) yang merupakan dua remaja liar dan terjebak dengan golongan mat rempit.
Amy merupakan kekasih Acai (Shaheizy) manakala Tasya pula mempunyai teman lelaki bernama Muz (Shamsul). Acai dan Muz sering bermusuhan kerana ingin menunjukkan kehebatan mereka sebagai mat rempit. Kehidupan sosial mereka sukar dikawal.
Muz bagaimanapun telah terpikat dengan Aisyah (Diana), seorang yang sofistikated dan bekerja pengarah projek. Aisyah adalah adik kepada Azam (Aaron) yang merupakan seorang bapa ayam, namun berjaya mengaburi mata adiknya melalui penampilan dan imej bersihnya.
Pelbagai konflik mula timbul di kalangan mereka apabila Tasya yang kecewa dengan sikap Muz membalas dendam dengan merelakan diri ditiduri Acai dan gengnya manakala Amy pula berdepan dengan konflik apabila dipaksa Azam untuk menjadi pelacur di samping perlu berdepan dengan ayahnya Salleh, seorang kaki judi yang juga telah merogol Amy.
Antara babak2 dlm filem ni...Muz mengamuk sbb awek dier tasya sanggup ditiduri oleh musuh nyer Acai
shaheizy belakon cukup meletop siot....besh!!!
Azam culik Amy dan pakse dier jadi pelacur...kejam dan menakutkan lor
2 pelakon yg tak berape nak sesuai utk filem ni...upsss
Bagi aku citer ni okey lah...semua pelakon menjiwai watak dengan bagus tapi aku kureng suke ngan diana dan si shamsul tu...cam sedikit poyo...hehhe...tapi mat rempit ngan bohsia2 yang ade tu mmg giler masuk watak arr...bestt lorr...cara cakap diorg perhhh...lawak pun ade...so utk memartabat kan filem melayu aku syorkan kepada kaki wayang semua tengok citer ni...
not bad!!!
1 comment:
diana ngan samsul mmg teramat la poyo
Post a Comment