::PENGIRINGKU::

Tuesday, December 16, 2008

::SEKILAS RENUNGAN::

AZAN DAN IQAMAH

Baginda Rasulullah s.a.w bersabda (hadis riwayat
al-Baihaqi):

"Sesiapa yang memperolehi cahayamata, maka hendaklah
diazankan di telingan kanan dan diiqamahkan di telinga
kiri, nescaya terlepaslah dari angin tiupan syaitan"

Bayi hendaklah dipegang dengan menghadap ke arah
kiblat. Azankan pada kanannya dahulu dan kemudian
barulah diqamatkan di telinga kirinya.

Hikmah melakukan amalan ini ialah supaya perkataan
pertama yang didengar oleh bayi yang baru dilahirkan
ialah kalimah seruan azan dan iqamah yang mulia, yang
mengandungi kebesaran Allah dan dua kalimah syahadah.
Dengan itu seruah dakwah kepada Allah dan agama Allah
lebih dahulu sampai kepada bayi tersebut daripada
mendengar seruan dan hasutan syaitan.
------------ --------- --------- --------- --------- -------

TAHNIK


Telah berkata Abu Musa r.a dalam sebuah hadis yang
diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, maksudnya:

"Aku mendapat seorang anak lelaki lalu membawanya
kepada Rasulullah s.a.w. Baginda menamakannya Ibrahim,
lalu Baginda mentahnikkannya dengan kurma dan
mendoakan keberkatan untuknya. Kemudian Baginda
menyerahkan kembali anak itu kepadaku"

Tahnik bermakna amalan memindahkan benda yang manis
seperti kurma kepada lidah anak yang baru dilahirkan.
Kalau tidak ada kurma, bolehlah digantikan dengan
makanan lain yang manis seperti madu, dsb. Ia boleh
dilakukan dengan meletakkan kurma yang lembut di
hujung jari. Kemudian gerakkan jari tersebut ke dalam
mulut bayi dengan lemah lembut ke kiri dan ke kanan
sehingga ia meliputi mulut bayi tersebut dengan kurma
tadi.
------------ --------- --------- --------- --------- -------

MEMBERIKAN NAMA


Dari Amr bin Syuib dalam sebuah hadis riwayat
Tirmidzi, mafhumnya:

"Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. memerintahkan agar
memberi nama kepada anak-anak yang baru lahir pada
hari ke-7 dari hari kelahirannya, menghilangkan
kotoran daripadanya dan mengorbankan aqiqah untuknya"

Anas r.a. pula berkata dalam sebuah hadis riwayat
Muslim:

Telah berkata Rasulullah s.a.w. "Aku telah mendapat
seorang anak malam tadi dan aku menamakannya dengan
nama datukku Ibrahim"

Anak-anak hendaklah diberikan nama yang baik-baik
maknanya. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh
Abu Daud, Abu Darda' r.a. berkata:

Telah berkata Rasulullah s.a.w. "Kamu sekelian pada
hari kiamat akan dipanggil dengan nama-nama kamu dan
nama-nama bapa kamu. Maka hendaklah kamu memperelokkan
nama-nama kamu"
------------ --------- --------- --------- --------- -------

BERCUKUR DAN SEDEKAH


Dari Ibnu Abbas r.a. bahawa Nabi s.a.w. mengaqiqahkan
satu ekor kambing untuk cucunya dan berseru
(diriwayatkan oleh Tirmidzi):

"Wahai Fatimah, cukurlah rambutnya dan bersedekahlah
dengan perak kepada orang-orang miskin seberat
timbangan rambutnya. Mereka berdua lalu menimbangnya,
adalah timbangannya waktu itu seberat satu dirham atau
sebahagian dirham"

Nabi melarang melakukan qazak iaitu mencukur
sebahagian tertentu sahaja. Daripada Abdullah bin Umar
dalam sebuah hadis riwayat Bihkari dan Muslim:

"Nabi s.a.w. telah melarang daripada mencukur
sebahagian kepala anak kecil dan meninggalkan
sebahagian yang lain, iaitu qazak"
------------ --------- --------- --------- --------- -------

KHATAN


Rasulullah s.a.w. telah bersabda dalam hadis yang
disampaikan oleh Abu Hurairah dan diriwayatkan oleh
Bukhari dan Muslim:

"Fitrah itu lima iaitu khatan, memotong bulu di
kemaluan, menggunting misai, memotong kuku dan
mencabut bulu ketiak"

Hukum berkhatan menurut Imam Shafi'e, Imam Malik dan
Imam Ahmad Hambali adalah wajib kepada orang lelaki.
Imam Abu Hanifah pula mengatakan bahawa ia hanyalah
sunat sahaja.

Untuk orang perempuan pula, para fuqaha dan imam
mujtahid sepakat mengatakan bahawa khatan itu hanyalah
sunat. Hanya Imam Ahmad Hambali yang mewajibkannya.
------------ --------- --------- --------- --------- -------

AQIQAH


Hukum aqiqah ialah sunat muakkad iaitu sunat yang
sangat digalakkan bagi yang berkemampuan.
Melaksanakannya adalah satu tanggungjawab ibu bapa
atau penjaga anak tersebut.

Ia boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja sejak
anak dilahirkan tanpa sebarang tempoh masa. Ia lebih
baik dilakukan pada hari ke-7, ke-14 atau ke-21.

Aqiqah untuk anak lelaki ialah dua ekor kambung atau
dua bahagian lembu. Untuk anak perempuan pula,
kadarnya ialah seekor kambing atau satu bahagian
lembu. [Seekor lembu boleh dibahagikan kepada tujuh
bahagian].

No comments: