Last entry citer pasal hari rabu nyer aktiviti yer...petang abis keje Jai pi main futsal...tu mmg rutin setiap hari rabu dier...aku tak leh kacau...huhuu...then dier mmg dh rancang nak amik cuti half day pagi esok nyer means pagi ni lah kan...sbb nak tgk bola...hampeh...so aku diarahkan oleh Jai utk bawak kete then dier just balik naik moto terus dari tempat futsal...tak yah balik sesame...berdikari jerk...hehhe...ngada lebih...
So aku kuar awal gak dr opis..kul 6++ ga..then before 7 dh sampai umah...relax2 jap...mandi bagai...lepak tunggu jai balik sambil duk tgk comment pasal citer syurga cinta...teringin nak tgk tapi mslh nyer senin lepas nak book online dh penuh lah pulak...
Dh tak lame tu jai balik disambut oleh isteri tercinta ngan senyuman menawan...cewahhhh...bagi dier mandi dulu...makan burger yg dier tapau sesame...sambil tu usap2 perut muncit dier tu then ajak pi tgk wayang gak mlm tu..tak kisah kul bape...oleh keran cyg kan bini diturutkan jugak request tu...hhaha...so gopoh2 siap gi midvalley...mase tu dh kul 8 pun...tawakal je lah...harap2 ade tiket nyer...
Alhamdulillah hasil beratur panjang tu ktorg dpt tiket tp midnite nyer...kul 11.30 punyer show...belasah je arr...asal aku leh tgk citer ni...dh tu pi lah jenjalan sementara nak tunggu wayang start...
Kesimpulan yg leh aku buat ngan citer kan...erm...okey la...puas hati arr korang duk bayar tiket...berbaloi-baloi gak arr..heheh...haziq mmg best...hyper giler...hhaha...korang gi arr tengok ehhh...support filem kiter gak tau...den bagi 4* utk this filem...caiyok2!!!
Irham, berusia lewat 20-an anak kepada pasangan Tan Sri Zakaria dan Pn Sri Mahani telah membesar di luar negara sejak berumur 12 tahun lagi. Dia telah bersekolah dan bekerja di sana untuk beberapa tahun dan pulang ke Malaysia kerana perlu mengambil alih syarikat milik keluarganya. Kerana terlalu lama di luar negara, cara dan gaya hidupnya tidak ubah seperti orang barat. Sekembalinya ke Malaysia, Irham telah bertemu dengan rakan-rakan lamanya ketika belajar di luar negara iaitu Zainal dan Alex yang sangat mengenali hati budi Irham. Irham sememangnya seorang lelaki yang handal memikat gadis yang diinginkannya. Alex dan Zainal sering kalah jika bertaruh. Bagi memastikan Irham kalah, mereka mencabar Irham memikat gadis bertudung kerana mereka tahu Irham tidak menyukai gadis sebegini. Gadis tersebut adalah Syuhadah, seorang gadis moden namun masih mempertahankan nilai-nilai sebagai seorang muslimah sejati. Dia merupakan anak yatim dan dijaga oleh datuknya sejak dari kecil. Walaupun hidup mewah namun dia tetap dididik dengan didikan agama yang cukup. Irham melakukan pelbagai cara untuk memikat Syuhadah yang secara kebetulan merupakan guru agama di sekolah adik angkatnya iaitu Ikmal. Hubungan Irham dan Ikmal yang tidak begitu baik sebelum ini menjadi lebih baik apabila Irham memerlukan bantuan Ikmal dalam menjayakan ’misi’nya. Melihat ’ketulusan’ Irham yang berpura-pura mendalami ajaran Islam, hati Syuhadah terbuka untuk menerima Irham sebagai kawan dan dalam tempoh berkawan dalam diam-diam wujudnya perasaan kasih dan sayang. Irham pula sedikit sebanyak dibimbing oleh Syuhadah sehinggakan dalam tempoh sebulan tanpa dia sedari dia telah melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang Muslim dan dia merasa selesa dan tanpa disedari telah menunaikan tanggungjawab sebagai orang Islam seperti mendirikan solat. Namun tempoh sebulan telah pun tamat dan Irham perlu berjumpa dengan Zainal dan Alex bagi menunaikan janjinya dengan membawa Syuhadah. Di depan Zainal dan Alex Irham telah berterus-terang kepada Syuhadah bahawa dia cuma ”suka-suka” dan bukannya benar-benar jatuh cinta kepada Syuhadah. Syuhadah yang mendengar pengakuan itu benar-benar kecewa. Sudahlah dia susah untuk menerima cinta dari seorang lelaki kini lain pula jadinya. Syuhadah telah membawa diri pulang ke kampung. Irham menang pertaruhan tetapi dia gagal menafikan perasaannya yang sebenar terhadap Syuhadah.
Bagaimana Irham menangani perasaan tersebut? Berjayakah Irham memenangi kembali hati Syuhadah yang begitu kecewa dengan apa yang berlaku? Segalanya bakal terjawab dalam SYURGA CINTA.
2 comments:
best tak citer ni?
:D
BEST!!!...dilla mmg suka citer2 funny romantik ni...hahha...cam jiwang lak kan...gi arr tgk...
Post a Comment